Itik Muscovy/ Itik Nila/ Itik Serati/ Itik Daging




          Itik muscovy tempatan dikenali sebagai itik nila atau itik serati. Itik ini berbulu hitam dan putih biasanya dipelihara untuk menghasilkan telur dan daging. Baka yang berwarna putih pada keseluruhan badan merupakan jenis yang di import berkualiti tinggi khusus untuk pengeluaran daging secara komersil.
       Itik yang diternak oleh kami dari baka yang berwarna putih. Bagi memastikan penghasilan daging itik yang berkualiti tinggi, kami menjaga pemakanan dan menyediakan bekalan air bersih pada itik ternakan kami. Kami juga memastikan tempat ternakan sentiasa bersih dan kering supaya daging yang dihasilkan tidak berbau hamis. Ya! daging itik kami tidak berbau hamis, kerana itu permintaan itik kami semakin meningkat dari hari ke hari.
          




          Daging itik bukan sahaja lebih sedap dan manis dari daging ayam, daging itik tinggi dengan vitamin B dan membantu penghadaman makanan. Selain itu, kandungan daging itik turut mengandungi folik yang boleh memberi kebaikan kepada ibu-ibu mengandung.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger